Sejak itu.lily tak pernah didatangi dengan surat layang.’maybe dah bosan kot.’fikir anis sendiri.kehidupan menjadi lancar seperti biasa.hubungannya dengan zakuan juga agak baik.ditambah lagi professor memasangkannya dengan zakuan.sejak dia dilantik secara tak rasmi sebagai rakan sekerja zakuan,kawan sekelasnya serta-merta menjadi baik.dia sering dilayan sebagai queenka di dalam kelas.alasannya,dia berjaya rapat dengan zakuan dari jangka masa yang dijangka.malah.ada juga pelajar perempuan dari fakulti lain datang meminta tolong supaya menyampaikan hasrat mereka kepada zakuan.anis rasa dia dah macam assistant yang bertauliah kepada zakuan.
Bila diberitahu kepada zakuan.zakuan tak pernah melayan.malah ada beberapa hadiah dibuang begitu saja.sehingga la satu hari anis menasihati zakuan..
“even awak tak suka tapi jangan la buang.nasib baik diorang tak nampak.kalau diorang nampak?kecil hati.at least appreciate la.kalau benda ni berlaku dekat awak,awak sedih tak tengok barang pemberian awak kena buang macam tu je?”sambil menunjukkan timbunan sampah yang dipenuhi hadiah dari peminat zakuan.
“yang engkau kisah sangat kenapa?kalau nak.amik la!tak payah nak bagi ceramah free dekat sini.aku tak bayar pun engkau satu sen!yang engkau sibuk nak jaga tepi kain orang kenapa?tak payah la layan perempuan tu semua.”zakuan terus pergi dari situ.dia tidak suka bila melihat anis sibuk melayan permintaan yang mengarut tu.
Anis mengeluh perlahan.sedang matanya meliar,dia ternampak sehelai kertas.kelihatan seperti tiket.bila dia melihat nama yang tertera di situ.dia terus meloncat.dia terjerit-jerit kegirangan.tak sangka ada hikmah dia menolong zakuan.tapi tiket tu ada dua.kira ada student ajak zakuan menonton concert dbsk bersama.”untungla zakuan.ada dia tolak?kalau aku la..pergi je.siapa tak nak tengok dbsk?siap seat yang vip'.tapi dia kena minta kebenaran zakuan.maklumla,ni semua kepunyaan zakuan.kena la tanya yang empunya.anis berlari-lari sambil mengawang-gawangkan tangannya yang memegang tiket concert dbsk.matanya tertancap pada susuk badan yang amat dikenali.dia terus meluru kearah zakuan yang sibuk melayan nafsu makannya.
“zakuan!”jeritan anis menyebabkan zakuan tersedak air oren yang sedang diminumnya.nasib baik tak tersembur ke muka dia.kalau tidak,nasibnya memang malang.
“woi!tak nampak ke orang tengah minum?nasib tak tersembur dekat engkau taw?adoii~~sakit hidung aku.tersedak air oren”.zakuan mengurut-urut hidungnya yang menahan kepedihan.anis jadi bersalah untuk meneruskan niatnya.terpaksalah dia membatalkan niatnya.
“sorry~kesian awak,zakuan.nak tak saya belikan air masak?”,walaupun dia sering bertelagah dengan zakuan,tapi bila dah terang-terang itu memang kesalahannya,dia akan meminta maaf.
“tak pela.small matter.yang engkau terjerit macam hantu kenapa?tak kan siang-siang ni kena kejar lagi?hari tu cukuplah engkau kena kejar.nasib baik aku ada.ni apa lagi?”zakuan cuba memberi perhatian kepada gadis di hadapannya.entah kenapa matanya tak pernah jemu nak pandang gadis di hadapannya.walaupun banyak kali dia bergaduh dengan gadis ini.dia tidak pernah berkecil hati pun.dia menganggap anis seperti adiknya.kebetulan umur mereka hanya beza dua tahun.
Anis teragak-agak nak menyampaikan hasratnya.dia megharap yang zakuan akan bagi tiket itu kepadanya.
“zakuan,tadi kan saya ada jumpa dua tiket.tiket tu tiket concert.awak nak ke?”pertanyaan anis membuatkan zakuan rasa yang dia baru saja berpijak pada bumi yang nyata.”kenapa aku berangan siang hari ni?ni mesti berjangkit dengan anis’,ngomel zakuan dalam hatinya.
“aa..pa?sorry la.aku tadi tengah berfikir sesuatu.boleh engkau ulang sekali lagi?”.zakuan cuba menutup malunya.mana tak malu kalau anis tu dapat meneka apa yang ada di benaknya.
“awak ni zakuan~tak ada.saya kata saya ada jumpa dua tiket.tiket concert.awak nak ke?peminat awak bagi”,sambil menyerahkan tiket itu kepada zakuan.’tolong la dia nak bagi.’,doa anis dalam hatinya.
Zakuan meneliti dua keping tiket dihadapan matanya.dia jadi pelik kenapa ada peminatnya boleh terfikir nak ajak dia pergi concert yang entah apa-apa.dia menyuakan tiket tu kepada anis.anis terus membeliakkan matanya akibat tindakan zakuan.
Yess!!seronoknya!maknanya awak bagi dua-dua ke?”,baru anis nak mencapai tiket itu,satu tiket telah disambar oleh zakuan.anis jadi pelik dengan perangai zakuan.
“tak kan la engkau nak amik dua-dua?engkau nak pergi dengan siapa?kekasih engkau ke?opps~lupa la.stonecold mana ada kekasih.”.kata-kata zakuan membuatkan anis terasa penumbuk dia ringan sahaja.tapi disabarkan hatinya.cukup baik zakuan memberi tiket ni.elak tiket in dirampas balik kalau dia bertindak agresif.’tak pela.kali ni je aku bersabar dengan dia.’,pujuk hati anis.
Anis cuba memaniskan muka.tatkala anis menunjukkan senyumannya,hati zakuan tetiba berdegup-degup.dup!dap!dup!dap!.’eh kenapa hati aku ni?tetiba berdegup kencang?’zakuan cuba melarikan pandangan matanya dari memandang wajah di hadapannya.
”betul la tu.stone cold memang tak ada orang nak.suka hati awak la nak cakap apa.yang penting awak nak bagi tiket ni pada saya.tapi kenapa awak nak simpan satu?awak bukan minat semua ni?tak kan awak suka layan benda alah semua ni?”anis masih memandang.hati nya kembali normal bila anis mengatakan yang tiada orang inginkan stone cold.dia rasa ada air sejuk yang menyimbah ubun-ubunnya sehinggakan hatinya jadi tenang.
“suka hati aku la.nak simpan ke tak nak.cukup baik aku nak bagi.kang aku amik balik baru tahu.”zakuan menunjukkan muka konon marah padahal dia sedang menutup kegugupannya.anis cuba mengelak supaya tiketnya tidak diambil semula.anis terus mengucapkan terima kasih dan berlalu dari situ.dia merasakan kegembiraan yang tak terhingga.bukan senang dia nak dapat peluang ni.nak tunggu dia beli tiket tu,sampai bila-bila dia tak merasa la nampaknya.
hari yang dinantikan sudah tiba.anis bersiap-siap untuk pergi ke concert dbsk.walaupun dia keseorangan,namun dia berharap agar bertemu dengan pelajar-pelajar yang pergi.dia ada mendengar beberapa budak kuliahnya sibuk bercerita pasal plan nak pergi concert tu.jadi,tak menjadi masalah baginya.untuk sampai ke sana.dia dah arif dengan jalan di korea ni.semenjak assignmentnya melibatkan kerja luar,dia berpeluang untuk mengetahui tentang sekelilingnya.dia cuba memahamkan adat atau tradisi orang korea.kekadang,dia jadi begitu teruja sebab korea merupakan negara yang menekankan tentang adab.mereka amat hormati orang yang lebih tua.makanan mereka juga amat sihat.
Setelah sampai di pintu masuk,kelihatan orang bepusu-pusu masuk.anis terpaksa berebut-rebut untuk masuk ke pintu utama.nasib baik,saiz badannya yang kecil memberi keistimewaan kepadanya.dia berjaya melepasi dari kumpulan manusia yang berebut-rebut.anis terus mencari seatnya.dalam masa 10 minit lagi,concert dbsk akan bermula.anis begitu teruja bila melihat pentas yang bergemerlapan.impiannya dah jadi kenyataan.tak sabar rasanya bila artis kesayangannya akan membuat persembahan sekejap lagi.
Bunga api mula meletup-letup di keliling pentas.suara di belakangnya makin kuat memberi sorakan.anis juga tidak ketinggalan.sudah beberapa hari ni,dia menjaga suaranya untuk memberi sorakan kepada group kesayangannya.dbsk mula keluar dari pentas.makin galak sorakan dibelakangnya.dbsk memulakan persembahannya dengan lagu ‘hug” kerana lagu ni la yang menaikkan nama dbsk.sewaktu debut mereka..lagu ini juga dinyanyikan.lagu ni menjadi titik kejayaan mereka.seterusnya mereka menyampaikan lagu ‘the way you are’.lagu ni juga lambang mereka dinobatkan sebagai best artist tahun 2006.anis tenggelam dalam sorakan peminat dbsk.anis juga turut serta menyanyi bersama.disebabkan minatnya yang mendalam,dia sanggup menghafal lagu kesukaannya.ditambah lagi suara emas milik jaejoong selalu membuatkan hatinya cair.sorakan makin kuat bila yoochun berduet dengan jaejoong untuk menyanyikan lagu mereka berdua.selepas itu,pentas digelapkan.masing-masing beredar.persembahan mereka akan bersambung setengah jam lagi.anis mempercepatkan langkahnya untuk ke tandas.kesejukan yang melanda membuatkan dia mengigil.bibirnya yang merah semakin pudar.dia menyesal sebab tak bawak baju sejuk sekali.
Sewaktu kembali ke tempatnya,dbsk baru keluar dari pentas.kesesakan di pintu masuk membuatkan masanya terbuang.seterusnya,pentas dihiaskan dengan lagu –lagu yang hip rock.lagu mereka yang melibatkan dance yang hot.anis makin galak menjerit bila melihat jaejoong menari.tarian jaejoong yang hebat ditambah lagi bentuk badannya yang sasa membuatkan darah boleh terkeluar dari hidung.sedang anis sibuk menonton jaejoong menari,dia tertolak seseorang.dia terus bongkok meminta maaf.namun orang di hadapannya hanya berdiam diri.dia jadi kecut perut.peristiwa di taman mula terbayang.tapi bila dia mengangkat mukanya,dia terlompat sedikit.
“zakuan!apa awak buat dekat sini?”kehadiran zakuan disitu membuatkan dia jadi kaku semacam.ditambah lagi dengan penampilan zakuan yang lepak.dia hanya mengenakan t-shirt berkolar putih,seluar jean dan topi.tapi penampilannya menampakkan badannya yang sasa.seluar jean tu makin menampakkan kakinya yang panjang.ditambah lagi mukanya yang iras-iras pelakon korea.
“suka hati aku la.aku nak pergi ke tak.aku ada tiket.bukan engkau sorang je.aku call engkau banyak kali tapi tak angkat.baru aku teringat yang concert tu hari ni.terus aku pergi sini.”,suara zakuan tenggelam timbul dalam sorakan peminat.
“sorry,saya silentkan handphone.tak nak kacau mood la.kenapa call??kenapa tak jumpa esok je?”anis cuba mengalihkan pandangan arahnya kea rah jaejoong.suara zakuan seperti angin lalu saja.
“rugi la aku tak pergi.peminat dah bagi.pergi jela.”padahal itu bukan niatnya.bila anis tak angkat panggilannya,dia rasa gelisah.bila teringat tarikh concert tu.dia terus melulu ke sini.dalam fikirannya,dia terfikir yang anis keseorangan disini.dia serta merta menjadi blur.
Manakala,anis tidak mengendahkan zakuan yang sedang melayan perasaan.dia jadi asik melihat jaejoong yang semakin agresif di atas pentas.
Setelah 3 jam berdiri.akhirnya dbsk mengucapkan selamat malam dan terima kasih kepada peminatnya.anis bertolak-tolakkan sehinggakan dia hampir terjatuh,tapi nasib baik zakuan menahannya dari belakang.anis asik dihimpit sehinggakan zakuan sendiri terpaksa memegang bahunya dengan erat untuk mengelakkannya dari hilang.anis jadi kaku bila dipegang begitu.dia tak biasa dipegang sebegitu.sepanjang hidup dia,dia tak pernah pun dekat dengan mana-mana lelaki.hidupnya hanya buku,family and korea.dia tak pernah fikir benda selain itu.
Zakuan melepaskan cengkaman di bahu anis,walaupun sekejap,hatinya tak henti-henti berdegup.dia akui yang jantung sentiasa berdebar bila dia berdekatan dengan anis.tapi dia sering mengendahkan perasaan tu.padanya,itu merupakan lumrah bagi lelaki.imannya masih kuat.
‘zakuan,saya nak ke tanda sekejap ye.awak nak tunggu saya ke?”anis menahan kesejukan di luar.dia mngharapkan zakuan akan menunggunya tapi lain pulak jadinya.
“nak buat apa?aku nak balik!dah la masa aku bazir macam tu saja.tengok benda tak berfaedah.nyesal betul aku datang.engkau nak pergi mana pun engkau punya pasal la!aku nak balik dulu!tak nak aku kena tahan dengan jaga sebab balik lewat!”zakuan terus pergi begitu sahaja.anis mendengus geram.dia menghentak-hentak kakinya.kalau diturutkan hati,dia agak takut nak pulang sorang tapi dah nak jadi macam ni.dia ingat zakuan nak menunggunya tapi ego lelaki itu lebih mengatasi .
Anis cuba memberanikan diri.dia asik menundukkan kepalanya sehinggakan tak perasan yang ada orang berlari ke arahnya.dia tak sempat mengelak.tapi dia ditarik masuk ke tandas lelaki.dia jadi takut.bayangan hitam tu terngiang-ngiang.dia rasa macam nak menjerit tapi tak terluah.cengkaman yang kuat di tangannya terasa pedih.bila tangannya dilepaskan.tangannya merah.terdapat sedikit calaran sebab tangannya tergesel sesuatu.
“gwenchanayo?”suara lelaki makin menambahkan ketakutan anis.tapi entah kenapa suara dia tidak terkeluar,kalau boleh,dia nak menjerit supaya ada orang dengar dan datang menolongnya.lelaki dihadapannya menghulurkan tangan.tapi dia ragu-ragu nak menyambutnya.lelaki di hadapannya turut mencangkung.bila dilihat wajah didepannya,anis sendiri terkejut.dia sendiri terduduk di lantai
No comments:
Post a Comment