thanks sebab datang. jenguk je pon takpe. asalkan ikhlas hati. datang dengan tangan kosong. hope balik dengan tangan yang penuh

Thursday, August 9, 2012

kelebihan jumaat:D

ahlan wasahlan ! alhamdulillah akhirnya tangan ni nak jugak menari -nari dekat atas keyboard ni. dengan izin ALLAH , bAM berjaya buat satu entry . satu topik yang Bam jumpa hari ni . mukahdimahnya, hari ni hari apa ? oukey ! siapa tahu sila kembangkan hidung.. tik tok tik tok. nampak nya semua menahan nafas yeeXD . oukey tak nak merepek lagi. kalu diberi sehari merepek , agaknya dah boleh post satu entry . 


actually, nak cakap yang jumaat ni adalah hari yang seronok . banyak peristiwa yang berlaku pada hari ni. kebanyakan ade orang nak meninggal hari jumaat lah. then , hari jumaat ni hari bahagia untuk budak sekolah . ek? bukan budak sekolah je, pokcik mokcik kakak abang pun turut serta ! yelah.. dah 5 hari berhempas pulas dengan cikgu, kerja sekolah ,assignment, macam - macam lagi lah. yang pentingnya bagi lelaki sila jangan tinggal solat jumaat ye ! tak ade pengecualian pun ke atas kaum lelaki. 

    'barangsiapa meninggalkan tiga kali jumaat beturut - turut, dia dianggap kafir ' 

dengar tu ? kan biasa tengok iklan dekat tv bila waktu zuhur nak masuk. oukeylah ! sebenarnya hari jumaat dikenali sebagai 'sayyidul aiyam ' . 

     sabda Rasulullah S.A.W. " Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) ". 

begitulah gamaknya. hari yang paling baik dimana umat islam mengerjakan banyak perkara sunat . waktu ni lah dikatakan potong kuku di hari jumaat , hukumnya sunat ! ditambah lagi dengan bulan puasa yang mulia dan penuh barakah ni, lagi berlipat gandalah pahala kita . 




     sabda Rasulullah S.A.W lagi Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. "


nampak tak ? even kita ni umat akhir zaman ,namun kita dihisab paling awal . Allah tu Maha Adil . segalanya berlaku hari jumaat. Allah tu dah mengatur segalanya dari awal sejak kelahiran nabi Adam A.S.malahan sebelum tu , pon sudah pasti Allah telah mengaturnya. jadi, kita sebagai umat Rasulullah patut bersyukur dan berbangga kerana Rasulullah selalu menyayangi umatnya . kitab itulah yang akan menjadi saksi kepada perbuatan kita di dunia. jadi, marilah berdoa semoga kita sentiasa dikalangan orang yang beriman. amin ! Bam ni pun bukan perfect tapi pada Bam 'kalau tak dapat jadi orang alim, jadilah orang yang baik '. 

beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu hari jumaat . banyak sebenarnya tapi inilah yang paling terawal berlaku. 

1) nabi Adam A.S. diciptakan oleh Allah

2) nabi Adam A.S. turun ke bumi

3) Allah mematikan nabi Adam A.S. 

4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
begitulah peristiwa yang pernah terjadi pada hari jumaat . cuma yang pastinya kiamat tu akan berlaku jua pada hari jumaat. entah jumaat bila . jumaat ni ? jumaat depan ? tulat ? langkat ? ALLAH saje yang mengetahui nya . kita hanya mampu berserah dan sentiasa mengikut perintahNya. semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan segala amalan kita di bumi ALlah ni diterima .amin !
     Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

baru baru ni , ade Bam terbaca pasal ade orang dapar mengesan yang matahari tak akan terbit ke terbenam di timur or barat . begitulah . kononnya tu petanda kiamat . bukan tak nak percaya . tapi kan dalam AL- QURAN kan dah cakap yang bila turunnya yaajuj dan maajuj, raksasa bumi , nabi isa A.S. dan imam mahdi ,barunya terjadi kiamat. tapi itu cuma kajian .sekarang orang berebut membuat kajian . kekadang tu macam mengubah ciptaan Allah pon ade . MASYALLAH ! 

yang part ni rase macam nak berkhutbah pulak. yelah ! khas untuk kaum lelaki . wajib ye untuk korang pergi solat jumaat. bukan susah ! dua rakaat je . lagipun sekarang ni dah banyak company sediakan waktu untuk lelaki pergi solat jumaat. sekarang ni baru Bam terfikir yang kenapa waktu rehat mesti tengahari. yelah ! kalau kebetulan hari jumaat, kan korang ade waktu nak solat . ade hikmahnya:D. 
pada hari jumaat , ALLAH akan mengutuskan para malaikat ke bumi .dimana mereka akan mencatat nama orang - orang yang masuk masjid, mendengar khutbah dah solat jumaat. tak guna ye jika korang datang semata- mata nak solat je. macam tu ,baik tak payah pergi . solat dekat rumah pun dah cukup . setelah tu barulah para malaikat datang menyembah ALLAH dan mengkhabarkan nama orang - orang yang dicatit itu. ALLAH terus mengampunkan nama -nama tersebut . 
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

SUBHANALLAH ! tengok bertapa huntong korang tau ! senang je dapat pahala . kitaorang yang perempuan ni bukan senang nak dapat pahala macam tu. hargailah ape yang ade di depan mata. tak salah korang meluangkan masa sikit . dari dok sebok kejar duet. tak kemana pon.. ke kubor jugak nanti ! 


tapi bukan korang je oukey dapat ganjaran macam tu . kaum perempuan pon !*jeles lettew*. hari jummat ni hari yang dimana jika umat islam berdoa dengan penuh khusyuk dan tawadduk , insyallah diperkenan doa korang ! mohonlah kepada allah dengan seikhlas hati. semoga doa kita itu diterima ALLAH. kan ? kitaorang pon adee. tapi korang lah huntong . dahlah diampunkan ALLAH . lepas tu , doa mustajab . haihhh.. tu pon kalu tak pergi jugak solat jumaat, tak tahulah nak  cakap ape. memang lepas ni kalau nak kawen , bam nak suruh ayah bam tanya bakal laki tu pergi solat jumaat tak ? HAHAO.0
korang pernah tak membayangkan yang para malaikat tu duduk sebelah korang ? tak kan ? tu lah kelebihannya . korang duduk dalam satu masjid yang dipenuhi malaikat . duduk satu karpet. entah-II Sbelah korang je. whoosh ! huntong korang tau dapat semasjid dengan para malaikat. dari korang bangga dapat bergambar dengan artis, baik korang berbangga dapat semasjid dengan malaikat . pergilah tanya JUstin bieber tu "kau ade duduk dengan malaikat ?" compom arr berasap kan. tu pon kalau dia faham ! 
so ,nampak kan kelebihannya . apelagi ! grab it . bukan senang jumaat ni nak ade. dia pon sibuk jugak. seminggu sekali je dapat 'meeting ' dengan korang . jangan beri alasan " alah.. jumaat depan lah " .depan ? tulat ? langkat ? memang jumaat tu bapak korang punyer. sukahati nak tangguh . last2 jumaat ke mana ,silap-II hari bulan tak sempat jumaat tu. nauzubillah ! so, ni jelah mampu Bam sampaikan . sedikit sebanyak harap korang gembira dengan entry ni . bukan lah menarik sangat . sekadar menambah ilmu di dada. oukeylah:D sampai sini saje Bam menari ye:). insyallah panjang umor ketemu lagi 
wasalam*anyeonghasaeyo *




sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)








my wishes:O

everyone had wishes . but no one can grant it unless ALLAH .so, just nak share ape yang BAM teringin sangat dari dulu sampai lah ne. anak Mami woiiXD. actually idea ni terdetik sebab trend dekat twitter. so, saje je nak isi mase lapang. first thing yang Bam Nk ni, mesti semua insan bernama muslim dan muslimah idamkan. ape yee?:) . jap ehh.. 



ha ! nilah dia. cukuplah dengan pemandangan kotak hitam ni . compom even masuk exam pon, korang mesti dapat jawab. ni la Baitullah atau rumah ALLAH. ni lah yang diidamkan oleh umat islam sedunia. nak sangat pergi sana dengan mak and ayah. kalau boleh nak pergi dengan semua adek beradek tapi impossible kan ? ehehe.. tak ade yang impossible nyee. boleh je kalau nak pergi reramai. cuma too sad because my lovely mom already together with ALLAH. dari dulu berangan nak pergi dengan mak. unfortunately ia tak kesampaian;'(. but ia bukan dijadikan alasan utk tak nak pergi !

2nd wish

yang ni memang nk sangat sebab dulu berangan nak jumpa crush Bam dekat sana. teringin nak pergi Pulau Jeju. Bam dah bagi hint dah:D. nak sangat pergi JEJU island sebab dekat sana ade trick art museum ! hari tu usha2 pasal jeju island, tak sangka jumpa pasal museum tu . awesome gler ! rugi kalau x singgah dekat sana. 




ni gambaran yang Bam boleh bagi for museum ni. awesome kan? nmpak macam real seolah kita ade dalam gambar tu padahal trick lukisan je. teror betul orang yang buat potret macam ni, bukan potret je ade, macam2 replika ade.. buad rase nak ketawa je bila korang dah snap picture then tengok balik. 


ni lagi satu sebab Bam nk pergi korea. sebab nk pergi Namsan tower. Namsan tower ni kire paling tinggi la dekat bandar seoul . malam2 nanti dia berlampu. boleh tukar2 warna. then, ade kabel car. and the special is sebab tgkt atas sekali ,disediakan satu sudut dinamakan love lock. ni bukanlah khurafat . cumanya dorang percaya yang bila dorang pasang mangga, ke stick note pasal couple, dorang hope yang bend tu berkekalan. macamtu laa. seronok kalau pergi dengan orang tersayang:D. especially future husband. hew:O

3rd wish

oukey ! i'm not girly tapi suke design very muahhh. just satu je nak modify iaitu warna. nak purple. everything is purple. nampak macam sarat kan ? haha:D. xdelah 100 percent nak ikut but nak almost yang macam ni. serius nampak ceria bilik ni, orang pon macam seronok je nak masuk. lagipun banyak2 bilik yang bAM suke, Bam suke duduk dalam bilik sendiri. so, why not design bilik sendiri macam ni ? 

4th wish


ni yg wajib sebab every student tak kesah la dye tu IPTA ke IPTS ke ape ke, benda ni yang dikejar . actually better dapat first class but for me, dah dapat ni pon cukup baik . alhamdulillah:D. macam omputeh cakap " late better than nothing " .gitulah gamaknya. tapi yang lagi seronok ,kalau Bam dapat dean list ni dengan my buddies. i have 10 buddies. 


oukey ! pisah tak semestinya tak geng oukey. aku harap sangat satu hari nanti, ade sekali kitorang dapat dean list sesame. waktu tu mmg aku rase saat paling comel aku pernah jumpa. memang x boleh jumpa dekat mane2 arr. kalah kesweetan orang bercouple.kalau boleh nak sambung sampai phd same2. comel tak?:)

5th wish


nampak tak ? bukan perempuan tu yang patot ditenung. bukan ! signboard dekat atas tuu. tu la course yang Bam amek dekat uni. padahal awal2 dulu haprak pon bAM tak tahu pasal QS ni. sebabkan kawan bAM si AMAL tu yang syorkan, kononnya gaji besar, kerja pun banyak. tapi bila dah masuk, oukey ! tough but not easy. hahaXD. bile dah msuk, macam2 cerite Bam dengar. kena maki selalu la . kerja tak tentu masa. apa- apa yang jadi QS Yang tanggung la. alamak ! seram juga bila dengar. but bila dah tempuh 1 taon ni, okelah. asalkan pandai bawa diri. cuma tak tahu minat ke tak. tengok result memang lah oke. tapi faham ke tak ? tu yang jadi masalahnya sekarang ! so ,bagi yang baru nak masuk, jangan takut. yang bagusnya peluang kerja tu ade ! tu je yang rasenya yang boleh Bam cakap. 


 6th wish



jjang ! rumah idaman Bam ! kalau boleh nak setingkat je. sebab senang ayah nak bergerak.tak yah lah dia nak naik turun tangga. lebey kureng macam nilah rumah yang Bam nak. lagi best kalu ade sikit sudut tuk air terjun . ade kerusi nak berehat petang2. pool ni tuk anak sedare Bam . Bam tahu dorang semua suke main air. seronok bile tengok dorang. bila dorang ketawa, bam pon nak sekali ketawa. lagi best kalu Mak ade;'(. x mo sodey2 . yang pergi tetap pergi. bersyukur bila masih ada ayah. so hargai parent korang ye ! and satu lagi laa. lupe nak mention. nak bilik banyak2. senang bila abang and akak datang. and mestilah warna purple ! haha:D .addicted to purple. 

7th wish

macam biasalah. mestilah nak kahwin and dapat futurehusband ,dapat ala- ala crush Bam pon dah oukey. haha:O. dapat ke ? insyallah. dapat macam ni pon dah bersyukur *tolong lah jangan demand *. haha. nilah crush Bam. sampai sekarang Bam setia je dengan dia. kekadang my buddies ingat orang dah gila tauXD. mana taknya. kekadang ketawa sesorang ! tapi orang cakap crush ni orang yang mite suka tapi kita tak kan dapat dia. ye ke ? tengok lah jodoh masing2. tapi kalu ni gayanya, memang tak lah. nak tarik masuk islam ? aishh..tak cukup kuat nee:O 



8th wish

nak sangat jadi perempuan yang serba boleh. everything i can do like cooking, gardening and everything. nak sangat jadi mcam superwomen ! best bile tengok orang serba boleh. rase macam berguna nya kau hidup dekat bumi ni.



ade gaya tak macam ni ? ni dah multi-purpose dah namenya. :O

9th wish

of course la nak mati sebagai seorang muslimah yang diberkati ALLAH. semoga ALLAH ampunkan segala dosa -dosa Bam. even tak dapat jadi alim, jadilah seorang yang baik . even tak dapat buad ape yang lebih, biarlah buad ape yang disuruh. "late better then nothing". that's it ! amin



nampak tak kelebihan jadi wanita solehah ? tapi senang juga bagi perempuan tu nak masuk neraka:D