thanks sebab datang. jenguk je pon takpe. asalkan ikhlas hati. datang dengan tangan kosong. hope balik dengan tangan yang penuh

Friday, May 27, 2011

sms berangkai pesong akidah

KANGAR: “Tiada istilah di dalam al-Quran bahawa apabila bulan berada tepat di atas Kaabah, (maka) segala doa kita dimakbulkan, malah khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai seperti Dajal sudah muncul dan sebagainya boleh memesongkan akidah,” kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ketika diminta mengulas berhubung SMS berangkai yang mengundang pelbagai tanggapan mengelirukan di kalangan umat Islam.
Beliau berkata, orang ramai yang menerima SMS seperti pintu Kaabah sudah dibuka, doa akan dimakbulkan, makam Rasulullah sedang diceroboh dan Dajal sudah muncul sepatutnya tidak mempercayainya kerana boleh membawa kekeliruan.

“Di dalam al-Quran dan hadis, perkara sebegini langsung tidak disebut dan waktu paling mustajab berdoa sudah diberitahu contohnya selepas solat, ketika sujud, sewaktu wukuf di Arafah dan sepanjang Ramadan.
“Keadaan seperti bulan di atas Kaabah dan pintu Kaabah dibuka tidak pernah disebut di dalam al-Quran dan ia boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya terlalu mempercayainya, sedangkan waktu mustajab doa seseorang itu adalah sepanjang masa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung SMS diterima orang ramai yang menyatakan, ‘Pagi ini pada jam 9.15 malam bulan akan berada tepat di atas Kaabah dan sebarang doa yang dibuat akan dimakbulkan’.

Menurut Juanda, umat Islam yang kurang arif dan mempercayai SMS berkenaan tanpa merujuk sekali gus memungkinkan rosaknya akidah.
“Apa yang dinyatakan SMS berkenaan berkaitan dengan alam ghaib dan ia perlu mempunyai nas tertentu bagi membuktikan kesahihannya.

“Umat Islam kini berdepan pelbagai cabaran dan ini antara cabaran baru yang perlu dihadapi. Kita jangan mudah terpedaya dan terus mempercayai apa yang disampaikan sebaliknya menyemaknya serta bertanya terlebih dulu jika kurang arif,” katanya.
Juanda berkata, mereka yang menerima SMS sedemikian perlu mengabaikannya dan bukan menghantarnya kepada rakan lain su paya tidak mengundang pelbagai tanggapan yang akan menjejaskan akidah.

aq sangat la menyokong statement dekat atas ni..ada ke patut pintu kaabah terbuka?dsjal da turun?agak-agak la nak menipu pon.kalau kiamat kecil tu,adelah jugak.lain kali kalau nak cakap hal ahkirat ni,kena la ada nasnya.bukan sedap cakap je.waktu doa mustajab tu pun aq tak nak komen sangat..kita sendiri pun tak pasti doa kita mustajab ke tak.ni semua kerja allah.janganlah nak dipersoalkan.hanya allah saje yang tahu..

No comments:

Post a Comment