actually, nak cakap yang jumaat ni adalah hari yang seronok . banyak peristiwa yang berlaku pada hari ni. kebanyakan ade orang nak meninggal hari jumaat lah. then , hari jumaat ni hari bahagia untuk budak sekolah . ek? bukan budak sekolah je, pokcik mokcik kakak abang pun turut serta ! yelah.. dah 5 hari berhempas pulas dengan cikgu, kerja sekolah ,assignment, macam - macam lagi lah. yang pentingnya bagi lelaki sila jangan tinggal solat jumaat ye ! tak ade pengecualian pun ke atas kaum lelaki.
'barangsiapa meninggalkan tiga kali jumaat beturut - turut, dia dianggap kafir '
dengar tu ? kan biasa tengok iklan dekat tv bila waktu zuhur nak masuk. oukeylah ! sebenarnya hari jumaat dikenali sebagai 'sayyidul aiyam ' .
sabda Rasulullah S.A.W. " Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) ".
begitulah gamaknya. hari yang paling baik dimana umat islam mengerjakan banyak perkara sunat . waktu ni lah dikatakan potong kuku di hari jumaat , hukumnya sunat ! ditambah lagi dengan bulan puasa yang mulia dan penuh barakah ni, lagi berlipat gandalah pahala kita .
sabda Rasulullah S.A.W lagi " Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. "

nampak tak ? even kita ni umat akhir zaman ,namun kita dihisab paling awal . Allah tu Maha Adil . segalanya berlaku hari jumaat. Allah tu dah mengatur segalanya dari awal sejak kelahiran nabi Adam A.S.malahan sebelum tu , pon sudah pasti Allah telah mengaturnya. jadi, kita sebagai umat Rasulullah patut bersyukur dan berbangga kerana Rasulullah selalu menyayangi umatnya . kitab itulah yang akan menjadi saksi kepada perbuatan kita di dunia. jadi, marilah berdoa semoga kita sentiasa dikalangan orang yang beriman. amin ! Bam ni pun bukan perfect tapi pada Bam 'kalau tak dapat jadi orang alim, jadilah orang yang baik '.
beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu hari jumaat . banyak sebenarnya tapi inilah yang paling terawal berlaku.
1) nabi Adam A.S. diciptakan oleh Allah
2) nabi Adam A.S. turun ke bumi
3) Allah mematikan nabi Adam A.S.
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
begitulah peristiwa yang pernah terjadi pada hari jumaat . cuma yang pastinya kiamat tu akan berlaku jua pada hari jumaat. entah jumaat bila . jumaat ni ? jumaat depan ? tulat ? langkat ? ALLAH saje yang mengetahui nya . kita hanya mampu berserah dan sentiasa mengikut perintahNya. semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan segala amalan kita di bumi ALlah ni diterima .amin !
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
baru baru ni , ade Bam terbaca pasal ade orang dapar mengesan yang matahari tak akan terbit ke terbenam di timur or barat . begitulah . kononnya tu petanda kiamat . bukan tak nak percaya . tapi kan dalam AL- QURAN kan dah cakap yang bila turunnya yaajuj dan maajuj, raksasa bumi , nabi isa A.S. dan imam mahdi ,barunya terjadi kiamat. tapi itu cuma kajian .sekarang orang berebut membuat kajian . kekadang tu macam mengubah ciptaan Allah pon ade . MASYALLAH !
yang part ni rase macam nak berkhutbah pulak. yelah ! khas untuk kaum lelaki . wajib ye untuk korang pergi solat jumaat. bukan susah ! dua rakaat je . lagipun sekarang ni dah banyak company sediakan waktu untuk lelaki pergi solat jumaat. sekarang ni baru Bam terfikir yang kenapa waktu rehat mesti tengahari. yelah ! kalau kebetulan hari jumaat, kan korang ade waktu nak solat . ade hikmahnya:D.
pada hari jumaat , ALLAH akan mengutuskan para malaikat ke bumi .dimana mereka akan mencatat nama orang - orang yang masuk masjid, mendengar khutbah dah solat jumaat. tak guna ye jika korang datang semata- mata nak solat je. macam tu ,baik tak payah pergi . solat dekat rumah pun dah cukup . setelah tu barulah para malaikat datang menyembah ALLAH dan mengkhabarkan nama orang - orang yang dicatit itu. ALLAH terus mengampunkan nama -nama tersebut .
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
SUBHANALLAH ! tengok bertapa huntong korang tau ! senang je dapat pahala . kitaorang yang perempuan ni bukan senang nak dapat pahala macam tu. hargailah ape yang ade di depan mata. tak salah korang meluangkan masa sikit . dari dok sebok kejar duet. tak kemana pon.. ke kubor jugak nanti !
tapi bukan korang je oukey dapat ganjaran macam tu . kaum perempuan pon !*jeles lettew*. hari jummat ni hari yang dimana jika umat islam berdoa dengan penuh khusyuk dan tawadduk , insyallah diperkenan doa korang ! mohonlah kepada allah dengan seikhlas hati. semoga doa kita itu diterima ALLAH. kan ? kitaorang pon adee. tapi korang lah huntong . dahlah diampunkan ALLAH . lepas tu , doa mustajab . haihhh.. tu pon kalu tak pergi jugak solat jumaat, tak tahulah nak cakap ape. memang lepas ni kalau nak kawen , bam nak suruh ayah bam tanya bakal laki tu pergi solat jumaat tak ? HAHAO.0
korang pernah tak membayangkan yang para malaikat tu duduk sebelah korang ? tak kan ? tu lah kelebihannya . korang duduk dalam satu masjid yang dipenuhi malaikat . duduk satu karpet. entah-II Sbelah korang je. whoosh ! huntong korang tau dapat semasjid dengan para malaikat. dari korang bangga dapat bergambar dengan artis, baik korang berbangga dapat semasjid dengan malaikat . pergilah tanya JUstin bieber tu "kau ade duduk dengan malaikat ?" compom arr berasap kan. tu pon kalau dia faham !
so ,nampak kan kelebihannya . apelagi ! grab it . bukan senang jumaat ni nak ade. dia pon sibuk jugak. seminggu sekali je dapat 'meeting ' dengan korang . jangan beri alasan " alah.. jumaat depan lah " .depan ? tulat ? langkat ? memang jumaat tu bapak korang punyer. sukahati nak tangguh . last2 jumaat ke mana ,silap-II hari bulan tak sempat jumaat tu. nauzubillah ! so, ni jelah mampu Bam sampaikan . sedikit sebanyak harap korang gembira dengan entry ni . bukan lah menarik sangat . sekadar menambah ilmu di dada. oukeylah:D sampai sini saje Bam menari ye:). insyallah panjang umor ketemu lagi
wasalam*anyeonghasaeyo *
sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
No comments:
Post a Comment